Esok merupakan pusingan pertama peraduan terjemahan. Saya kini berasa amat gementar kerana saya sedar akan tahap bahasa melayu saya. Kebolehan saya berdwibahasa boleh dikatakan setaraf mereka yang tidak mengambil bahasa melayu sebagai bahasa pertama. Cikgu berpendapat bahawa murid-murid yang mengambil bahasa melayu sebagai bahasa ketiga, ada yang dapat menguasai bahasa melayu dengan lebih baik dibandingkan dengan kita yang berdarah melayu ini. Memalukan, bukan?
Jadi mengapakah kita masih berkeras kepala, dan terus bertutur dalam bahasa Inggeris juga? Apakah langkah yang telah kita ambil untuk mempertingkatkan bahasa melyu kita yang semakin hari kian merosot?
Generasi bingung. Saya tertawa apabila membaca artikel yang diberikan cikgu dahulu. Kita diibaratkan generasi bingung disebabkan dasar dwibahasa. Penguasaan kedua-dua bahasa Inggeris dan bahasa Ibunda kurang baik kerana kita tidak menggunakan kedua-duanya dengan seimbang. Lebih- lebih lagi, kita akan menggabungkan frasa- frasa tertentu dari satu bahasa dengan bahasa yang lagi satu. Hasilnya? Bahasa rojak. Bahasa Inggeris teruk. Bahasa Ibunda teruk. Apakah benar kita ini generasi bingung?
Mungkin saya ini bersikap hipokrit. Apakan saya sendiri sering bertutur dalam bahasa Inggeris. Namun, untuk membela diri saya ingin mempertengahkan bahawa dasar dwibahasa di Singapura dengan secara langsung, mengisytiharkan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan. Disebabkan itu, ramai, termasuk saya, lebih gemar berbahasa Inggeris kerana ia lebih mudah untuk kita berkomunikasi bersama mereka yang berlainan bangsa dan bahasa.
Tetapi, tidak dapat dinafikan bahawa ini bukan suatu alasan untuk kita kurang berbahasa Melayu. Seperti apa yang telah cikgu pertengahkan beribu kali, "kelas bahasa Melayu sendiri tak nak berbahasa Melayu, macam mana?".
Anak Melayu masa kini kurang berbahasa Melayu. Mengapa? Bagi saya, hendak dikatakan malu, tidak. Hendak dikatakan malas? mungkin juga.. Boleh dikatakan saya kurang mengambil bahasa Melayu dengan sirius. Apakan tidak? Bila saya bertutur dalam bahasa melayu bersama liyana, akan dia melemparkan saya pandangan, dengan mesej yang disampaikan: syimah, i do not understand what you are talking about. how about a coke?
ya. jadi begitulah wahai pembaca. Apa yang akan terjadi pada generasi akan datang? Tidak dapat lagi kita kata, dengan penuh keyakinan, bahawa bahasa Melayu akan kekal selamanya. Legasi ini akan disampaikan hingga generasi yang seterusnya. Apakah ini lagi benar? Lihat sahaja esok, apabila saya memalukan nama Sekolah Menengah Perempuan Raffles. malunya..
-menggigil. haha. - mengeluh. baiklah. saya harap kamu semua dapat berdoa semoga saya berjaya esok dan sekurang-kurangnya tidak menjatuhkan air muka pelajar-pelajar Melayu RGS secara keseluruhan. Amin.
No comments:
Post a Comment